Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Current Issue
Volume: 6 Issues: 20 [March, 2024]
KES STUDY: APLIKASI DOMAIN TAKSONOMI VOKASIONAL TERHADAP PENGAJARAN, KELAS AMALI DAN PENILAIAN SUBJEK VOKASIONAL DALAM KALANGAN PENSYARAH
Volume: 6 Issues: 20 [March, 2024]
Siti Nur Syahirah Shabarudin, Azizul Qayyum Basri, Khairul Anuar Hasnan, Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli, Muhammad Azri Othman
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui pengaplikasian domain taksonomi vokasional dalam PdP, kelas amali serta penilaian subjek vokasional. Bagi mencapai tujuan kajian ini, pengkaji telah membina empat objektif kajian iaitu: (a) mengenal pasti pengetahuan mengenai domain taksonomi vokasional dalam kalangan pensyarah teknikal dan vokasional; (b) mengenal pasti domain taksonomi vokasional yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek vokasional dalam kalangan pensyarah teknikal dan vokasional; (c) mengenal pasti domain taksonomi vokasional yang diaplikasikan dalam kelas amali subjek vokasional dalam kalangan pensyarah teknikal dan vokasional; dan (d) mengenal pasti domain taksonomi vokasional yang diaplikasikan dalam penilaian untuk subjek vokasional dalam kalangan pensyarah teknikal dan vokasional. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes untuk melihat pandangan daripada pihak respoden. Seramai 59 orang responden terlibat untuk kutipan data . Merujuk interpretasi skor min, responden sangat bersetuju dengan pengetahuan mengenai (a) (min=4.71; s.p=.511), (b) (min=4.67; s.p=0.462), (c) (min=4.7; s.p= 0.487). Berdasarkan analisis tematik, analisis tematik mendapati beberapa tema utama yang muncul iaitu informan mengaplikasikan domain taksonomi vokasional dalam pengajaran dan pembelajaran, kelas amali dan penilaian. Implikasi kajian ini dapat membantu dan memudahkan pensyarah TVET untuk merancang pengajaran dan membantu pembuat dasar pendidikan dengan memasukkan taksonomi vokasional dalam dasar pendidikan negara. Cadangan untuk meningkatkan kebolehgunaan taksonomi vokasional pula adalah dengan meningkatkan kelas amali dan penglibatan teknologi.